Clicky Nuffy

Tinggalkan Link anda di sini,ye? :)


Saturday, January 21, 2012

[ #490 ] Pemergianmu pada 2012


0 comment(s) so far.Wanna add?
Entry pembukaan 2012 diisi dengan beita kehilangan nenda tecinta,Sabidah binti Saji yang pulang ke rahmatullah pada hari Rabu,18012012.Berita pemergian arwah memang mengejutkan kami sekeluarga,sebab arwah memang seorang yang kuat semangat...walaupun usianya mencecah 80tahun,tapi beliau masih mampu urus diri sendiri.Kalau warga emas yang sebaya dengan beliau,sudah pasti dah terlantar di katil.Tapi tidak bagi nenek.Hinggakan ada suatu ketika,ketika pegawai dari JKM melawat ke rumah,pegawai tersebut pun terkejut sebab dia sendiri tak sangka nenek aku dah berusia 78tahun(kira2 dua tahun lepas).Pegawai tu ingat nenek aku baru berusia 68 tahun.

Aku dan suami tak sempat menatap wajah arwah ketika dikafankan,apatah lagi mengucup dahi arwah.Tapi menurut ibu,bapa saudara,dan sepupu,wajah nenek kelihatan tenang saat dikafankan.Cantik jenazah arwah.Jenazah arwah seolah-olah tersenyum saat dikafankan.Barangkali itulah tanda sebuah pengakhiran yang baik.Sangat ringan tangan membantu orang...tidak lokek.Jika ada hutang,segera dilangsaikan.Dan sememangnya arwah memang seorang yang baik..seorang ibu yang tabah dan kuat semangat dalam membesarkan 11orang anak.Yang sentiasa setia di sisi suaminya menghadapi setiap ujian yang Allah berikan kepada mereka.Teringat kata-kata arwah nenek di saat jenazah arwah atuk dikafankan:

"Awak pergilah....saya redha awak pergi."Katanya sambil tersenyum.

Kini,nenek telah tiada.Aku amat merindui detik-detik ketika bersamanya....sewaktu aku kecil,dialah yang menjagaku.Dan salah satu pesanannya yang masih aku ingat sampai sekarang:

"Jagalah solat.Solat tu yang akan tolong engkau bila engkau susah esok-esok ni.."

Semoga Allah merahmati roh saudara-saudara seagama kita yang telah pergi.Amin...

Saturday, August 6, 2011

[ #489 ] Antara solat dan puasa


0 comment(s) so far.Wanna add?
Salam Ramadhan Kareem buat semua.Pagi2 ni rasa nak berfikir lak..ada persoalan sebenarnya yang bermain di benakku ni.

Menurut pemerhatian aku,orang2 kita ni lebih kisah kalo seseorang tu tak puasa berbanding dia tak solat.Misalnya,kalo seseorang tu meringan-ringankan solat(e.g tak solat langsung,solat tak cukup 5 waktu sehari semalam,solat di akhir waktu,solat dalam keadaan tergopoh gapah dsb),perkara tu dianggap normal.Bukan takde yang menegur,tapi masyarakat sekarang memandang enteng je.Tengok jela pada hari Jumaat.Kalo gi kat shopping complexes atau kedai2 makan,ada je lelaki2 Muslim kita yang menebeng kat sana time waktu solat Jumaat..time khatib baca khutbah.Kalo pergi pun,pergi time nak solat Jumaat yang 2rakaat tu je.Khutbah tak dengar...sedangkan mendengar khutbah Jumaat tu syarat wajib solat Jumaat(correct me if I'm wrong).Tu pun masih ada yang berlenggang kangkung mengalahkan kangkung moyang aku kat tepi telaga tu.Masuk je masjid,jemaah dah tahiyyat akhir dah.Pastu terkial-kial taktau nak watpe..last2 balik camtu je.

Tu tak amek kira lagi soal saf yang bengkang bengkok cam ular kena spray ngan Ridsect..dan tak amek kira lagi soal makmum muwafik & makmum masbuk.(for more info,sila google sendri).Memang soal2 solat ni kena kena amek tau sedalam-dalamnya,sebab tu perkara yang pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Berbeza lak ngan puasa.Misalnya kalo seseorang tu tak puasa di bulan Ramadhan tanpa keuzuran yang dibenarkan syarak,memang orang akan hentam habis-habisan.Memang kutuk habis la kata orang...siap bawak naik kete mayat lagi tu.Kiranya kalo tak puasa ni memang sehina hina makhluk la..tapi kalo tak solat tu biase je.Isy..mana boleh camtu.Dua-dua tu kan ibadat wajib..Tapi solat tu lebih penting.Kalo kita solat,dan menghayati solat tu,insyaAllah amal ibadat yang lain tu kita boleh buat.Tapi kalo tak solat,confirm ada lompong kat ibadat2 yang lain.

Bukankah amalan yang membezakan antara orang2 Islam dan kafir adalah solat? :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang ni off topic sket.

Paling aku menyampah kalo pergi kat bazar Ramadhan,bila melihat gelagat anak2 muda skang.Kalo yang berkapel tu,time bulan puasa ni pun nak berkepit je..pi bazar Ramadhan pun nak tunjuk keromantisanhaktui tu.Hekeleh...kalo nak berkepit sangat,nikah jela.Nikah gantung pun takpe...yang penting ada mas kahwin.Hantaran blakang kira..Bila dah nikah tu,nak berkepit siang malam pagi petang pun takpe.Takde sape nak marah.Cumanya bila di khalayak ramai tu,pandai2 la kontrol diri tu....nak tunjuk romantis pun kat umah jela.Kang tunjuk kat khalayak ramai lagi orang meluat.Silap haribulan kena baling ngan telur busok.


Sunday, July 31, 2011

[ #488 ] Wait a sec!Hari ni ke esok puasa?


1 comment(s) so far.Wanna add?
Jap2...totally confuse ni.Hari ke esok puasa sebenarnya?Sebab aku baru perasan yang tarikh hijri kat sebelah ni menunjukkan 1Ramadhan 1432H(31/07/2011).Biaq betui...dahla semalam(in fact,dah beberapa minggu) tak layan tv.Tv dah uzur la katekan....nengok pun wat nyampah je.Lain la kalo tv LED ke,plasma ke...kan?Ehee..

Hari ni lak my beloved hubby meeting.Time2 cuti pun nak meeting gak ke?Agak2 la...time hari bekerja taknak lak panggil meeting.Kalo gi meeting on weekend camni dapat duit,ok gak.Ni tak dapat kot...kot la kan.Abeh punah plan aku nak ajak hubby gi survey umah sewa.

Tu pun satu hal gak,nak mencari umah sewa.Skang ni kami tinggal ngan family aku.So bukan hubby sorang je tak selesa,aku sendri pun tak selesa weh...memang nak kena tinggal umah sendri gak baru ok.Kalo umah besar cam mansion artis2 hollywood tu takpe gak.Ni dahla umah kecik,kalo berbisik2 manja dalam bilik pun silap haribulan orang kat luar leh dengar.Tu yang kami tengah gigih cari umah sewa ni.Ada tak umah untuk disewa area puchong/shah alam?Jangan mahal sangat...tak larat laki aku nak bayar.Hehe..

So,kepada bakal2 pengantin tu,kalo boleh before nikah tu standby la siap2 umah.Umah sewa pun takpe,janji korang selesa dan ada privasi.Dah standby umah tu,jangan biar kosong je.Beli la barang2 keperluan asas mcm peti sejuk,tv,mesin basuh,tilam,almari..jangan tiru macam shaye.Ok?Masa sebelum nikah dulu memang la rasa ok je nak dok serumah ngan family members yang lain.Tapi bila dah nikah,baru tau langit tinggi rendah.

Ok la...hubby dah call ajak gi lunch.Lenkali update blog lagi.Titik.

Saturday, July 30, 2011

[ #487 ] Marhaban ya Ramadhan! =)


0 comment(s) so far.Wanna add?
Sya'aban berlalu pergi,kini Ramadhan muncul kembali.Semoga Ramadhan kali ni memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk kita muhasabah diri dan memperbanyak amal ibadat.Semoga Ramadhan kali ni memberikan kita lebih banyak kekuatan untuk menghadapi hari2 mendatang.InsyaAllah. =)

Dan ini jugak Ramadhan pertama yang aku sambut sebagai seorang isteri.Ada jugak terpikir camne nak sahur nanti.Masa bujang dulu tak kesah sangat...kalo terlewat bangun sahur,makan roti sekeping dua + air milo pun dah cukup.So kali ni memandangkan hidup berdua,so kena la consider apa si suami nak makan waktu sahur nanti.Nak makan luar ke nak masak sendri...gitu la citernye.

Time iftar lak,tak kesah sangat kot sebab bazar Ramadhan berlambak.So balik keje leh singgah mana2,beli lauk.Kalo time weekend tu insyaAllah boleh masak yang simple2..hehe.Camne la agaknye bulan Ramadhan kali ni?Dapatkah dimanfaatkan sepenuhnya dengan  beramal ibadat dan sebagainya....hmm.


Thursday, July 28, 2011

[ #486 ] Monoloque..


0 comment(s) so far.Wanna add?
Baru ada masa nak update blog.Takde la sibuk sangat sebenarnya,tapi lebih kepada SERABUT.Macam2 benda nak kena pikir..time kita ni dah tenang,mula la datang segala macam masalah.Dan yang menambahkan sakit hati tu,masalah tu bukannya berpunca dari kita,tapi orang lain yang 'campak' masalah tu kat kita.

Ahh!Lantak pi la!Orang lain yang berhutang,pakai lak nama aku...pastu aku lak nak kena 'cuci' sume 'taik2' dia tu?Ouh,pelisss!Dan yang aku pelik tu,camne pihak yang lagi satu tu leh approve walaupun tak tengok IC empunya diri?Dengan hanya berbekalkan fotostet i/c,permohonan tu diluluskan.Takde pun nak mintak i/c ori ke hape.Kalo camtu,senang2 la orang nak blackmail musuh2 dia.Cilok je i/c si polan,pastu wat loan or apply itu ini.Dah setel...takyah bayar pape.Nama yang ada dalam salinan i/c tu yang tanggung semua.

Hamboihhh!Senang je hidup kan?Tapi tu la,kalo orang luar wat camtu,memang aku repot polis je.Pastu kalo jumpe depan mata,memang aku seligi seligi kepala dia tuh.Tapi bila melibatkan darah daging sendiri,orang yang kita paling percaya dalam hidup wat camtu kat kita,memang remuk la hati ni.Tu la yang aku alami skang...ingatkan dah tua ni perangai dah elok,dah insaf taknak berhutang sana sini.Tapi takkk!Memang kecewa yang amat la aku..

PAstu tambah lak ngan masalah nak sesuaikan diri ngan pasangan...memang mencabar la.Tak kira la korang bercinta 10tahun pun sebelum korang nikah,tapi bila dah dok skali tu memang akan rasa seolah2 pasangan kita tu bukan seperti yang kita kenal dulu.Itu pun mendatangkan konflik gak..lagi susah kalo pasangan tu kuat ego - ego lebih besar dari kepala - memang susah.Pape pun kena banyak bersabar la.


Let's gossip!